Instalasi WAMPServer - Ubah PC menjadi sebuah Web Server
Seseorang pembangun halaman web biasanya mempunyai beberapa pilihan untuk membangunkan sistem:
- Membangunkan halaman web secara terus di dalam komputer web server
- Membangunkannya di dalam PC (atau laptop); kemudian memindahkannya ke dalam komputer web server
Bagi membolehkan seorang pembangun membina (atau mencuba) sesebuah sistem halaman web di dalam PC mereka (digelar localhost), PC tersebut perlu dimasukkan dengan fungsi sebuah web server. Untuk Joomla yang di bangunkan menggunakan bahasa aturcara PHP, perisian WAMPServer adalah pilihan yang sesuai.
Selain menyokong fungsi sebuah web server, WAMPServer (singkatan bagi Windows-Apache-MySQL-PHP Server) adalah serasi sistem yang diaturcara dengan PHP (seperti Joomla, Wordpress, Drupal, PHPBB, Moodle) dan didatangkan dengan pangkalan data MySQL serta sistem pengurusan pangkalan data PHPMyAdmin. Ini bermaksud WAMPServer adalah sebuah pakej lengkap yang akan menukarkan PC (atau laptop) pengguna menjadi sebuah web server lengkap untuk tujuan pembangunan halaman web bersistem!
Ikuti langkah-langkah berikut untuk cara mendapatkan WAMPServer dan langkah-langkah instalasi WAMPServer:
1. Muat turun WAMPServer DI SINI
2. Buka pakej instalasi WAMPServer
Langkah 2: Klik Run untuk memulakan instalasi |
3. Klik Next
Langkah 3: Klik Next |
4. Pilih I accept the agreement dan klik Next
Langkah 4: Pilih I accept the agreement dan klik Next |
5. Biarkan instalasi di C:\wamp dan klik Next
Langkah 5: Biarkan instalasi di C:\wamp dan klik Next |
6. Klik create a Desktop icon dan klik Next
Langkah 6: Klik create a Desktop icon dan klik Next |
7. Klik Install
Langkah 7: Klik Install |
8. Biarkan instalasi selesai
Langkah 8: Biarkan instalasi selesai |
9. Klik Launch WampServer dan Klik Finish
Langkah 9: Klik Launch WampServer dan Klik Finish |
10. Ikon pengurusan WAMPServer pada Taskbar
Gambarajah 10: Ikon pengurusan WAMPServer pada Taskbar |
11. Warna ikon WAMPServer menandakan status sistem web server anda
Gambarajah 11: Warna ikon WAMPServer menandakan status sistem web server anda |
12. Klik ikon WAMPServer untuk buka menu WAMPServer
Gambarajah 12: Menu pengurusan WAMPServer (klik ikon WAMPServer untuk membukanya) |
13. Klik menu localhost dan lihat hasilnya
Langkah 13: Klik menu Localhost |
14. Sekiranya paparan seperti di bawah muncul, komputer PC anda telah bersedia menjadi sebuah web server (localhost).
Gambarajah 14: Paparan maklumat web server WAMP di localhost (http://localhost/) |