Papar Semua »

Papar Semua »

Papar Semua »

Papar Semua »

Papar Semua »

KATEGORI » ,

Joomla 1.7 Alpha sedia untuk diuji

Bermula 4 Jun 2011 lalu, Joomla versi ujian (Alpha) 1.7 sudah boleh dimuat turun untuk diuji. Joomla 1.7 Alpha adalah versi percubaan dan TIDAK SESUAI untuk digunakan pada laman web sebenar! Versi Alpha ini juga dicadangkan untuk diuji oleh mereka yang lebih berpengalaman sahaja. Berikut adalah jadual perjalanan pembangunan Joomla sebagai rujukan:
  • 05 June - Joomla alpha 1 released for public testing
  • 10 June - Feature freeze to prepare for beta release
  • 13 June - Joomla beta 1 to be released for public testing
  • 27 June - Joomla beta 2 to be released for public testing
  • 4 July - Version 11.1 of the Joomla Platform to be released
  • 10 July - Joomla 1.7 GA released
  • 10 August - Joomla 1.6 reaches end of life and is no longer supported
  • January 2012 - Next version of Joomla is released
  • April 2012 - Joomla 1.5 reaches end of life
Versi Joomla 1.7 GA (General Availability) boleh dimuat turun mulai 10 Julai 2011 kelak. Berbeza dengan versi Alpha, versi Joomla 1.7 GA adalah lebih selamat untuk diuji oleh pengguna umum (tapi masih tidak digalakkan untuk digunakan bagi laman web sebenar).

Bagi mereka yang ingin menggunakan Joomla 1.7 pada laman web sebenar, tunggu hingga Januari 2012! Joomla 1.7 yang stabil dijangka akan dilancarkan seawal tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda sudah tidak sabar untuk mengujinya, klik pautan di bawah untuk muat turun Joomla 1.7 Alpha:

http://joomlacode.org/gf/project/joomla/frs/?action=FrsReleaseBrowse&frs_package_id=5940

Dipetik dari: http://www.joomla.org/announcements/release-news/5372-joomla-17-alpha-released.html

Tarikh Artikel: 6/07/2011 | Baca Selanjutnya »

KATEGORI » ,

Joomla 1.6 Dilancarkan



Joomla 1.6 kini telah sedia untuk dimuat turun! Sejak 10 Januari 2011 lalu, Joomla versi terkini telah dilancarkan secara rasminya. Seperti pada versi percubaan 1.6, perubahan pada struktur artikel mungkin menjadi isu bagi pengguna lama Joomla versi 1.5.

» Muat turun Joomla 1.6 terkini DI SINI

» Lihat demontrasi Joomla 1.6 DI SINI

» Buka maklumat lanjut berkenaan Joomla 1.6

Tarikh Artikel: 1/17/2011 | Baca Selanjutnya »

KATEGORI »

Instalasi Joomla di localhost Web Server - WAMPServer

Secara umumnya, sesebuah komputer PC (atau laptop) yang telah dimuatkan fungsi web server (seperti WAMPServer) akan mempunyai fungsi berikut:
  • web server (berfungsi menguruskan fail web)
  • database server (berfungsi menguruskan data untuk halaman web)
  • enjin penterjemah/pelaksana bahasa (melaksanakan arahan kod aturcara seperti ASP, PHP, JSP)

Berikut adalah langkah-langkah instalasi sistem Joomla (versi 1.5.22) ke dalam web server yang menggunakan sistem WAMPServer:


1. Klik ikon WAMPServer dan pilih www directory

Langkah 1

2. Paparan halaman web directory akan terpapar (C:\wamp\www). Web directory adalah folder di mana fail-fail halaman kita akan ditempatkan di dalam web server ini.

Gambarajah 2

3. Extract (pecahkan) fail instalasi Joomla yang telah dimuat turun. (Klik sini untuk muat turun Joomla 1.5.22)

Langkah 3

4. Pada paparan Extraction wizzard, klik Next untuk memulakan pemecahan (extract) fail Joomla

Langkah 4

5. Klik Browse untuk pilih destinasi instalasi Joomla

Langkah 5

6. Pilih destinasi C:\wamp\www dan klik Make New Folder untuk membina folder instalasi Joomla

Langkah 6

7. Beri nama yang sesuai untuk folder ini (sebagai contoh: joomla)

Langkah 7

8. Klik Next untuk memulakan proses extraction

Langkah 8

9. Klik Finish

Langkah 9

10. Berikut adalah paparan folder Joomla yang terhasil

Gambarajah 10

11. Buka menu WAMPServer dan klik phpMyAdmin

Langkah 11

12. Pada paparan PHPMyAdmin, masukkan nama pangkalan data untuk Joomla (seperti: joomla) dan klik Create

Langkah 12

13. Paparan status pembinaan database akan terpapar. (Pastikan anda tidak meletakkan SPACE pada nama database! Gunakan tanda '-' atau '_' sekiranya perlu)

Gambarajah 13

14. Klik menu WAMPServer dan klik localhost.

Langkah 14

15. Paparan status WAMPServer seperti di bawah akan terpapar. Klik pada ikon folder projek (Joomla) anda.

Gambarajah 15

16. Paparan instalasi Joomla akan terpapar. Pilih bahasa en-US (untuk arahan instalasi) dan klik Next

Langkah 16

17. Pastikan tiada paparan No pada Pre-installation Check ini (jika ada status No, edit fail httpd.conf Apache untuk menghidupkan fungsi ini). Amaran pada Recommended Settings boleh diabaikan. Klik Next

Langkah 17

18. Paparan lesen Joomla dipaparkan. Klik Next

Gambarajah 18

19. Masukkan butiran sambungan database (pastikan nama database sama dengan langkah 12)

Langkah 19

20. Pilih No untuk FTP (Ini kerana komputer PC biasanya tiada fungsi FTP). Klik Next

Langkah 20

21. Masukkan butiran halaman: nama halaman, email dan katalaluan pengurus sistem. Klik Install Sample Data hanya sekiranya anda ingin memasukkan contoh menu dan artikel (Anda dinasihatkan untuk TIDAK INSTALL sample data ini untuk tujuan tutorial ini). Klik Next

Langkah 21

22. Amaran berikut akan terpapar sekiranya anda tidak klik Install Sample Data. Klik OK untuk teruskan (atau klik Cancel jika anda ingin install sample data).

Langkah 22

23. Instalasi selesai. Amaran supaya buang folder Installation akan terpapar (folder yang digunakan untuk proses install Joomla tadi)

Gambarajah 23

24. Buang folder Installation Joomla

Langkah 24

25. Klik menu Site untuk melihat halaman Joomla; atau klik menu Admin untuk membuka panel kawalan Joomla.

Gambarajah 25

26. Berikut adalah paparan halaman Joomla TANPA Sampel Data (http://localhost/{folder_joomla})

Gambarajah 26

27. Berikut adalah paparan Joomla DENGAN Sample Data

Gambarajah 27

28. Berikut adalah halaman pengurusan Joomla (http://localhost/{folder_joomla}/administrator)

Gambarajah 28

29. Berikut adalah paparan panel kawalan Joomla setelah pengguna berjaya login

Gambarajah 29

Tarikh Artikel: 12/20/2010 | Baca Selanjutnya »

KATEGORI »

Instalasi WAMPServer - Ubah PC menjadi sebuah Web Server

Seseorang pembangun halaman web biasanya mempunyai beberapa pilihan untuk membangunkan sistem:
  • Membangunkan halaman web secara terus di dalam komputer web server
  • Membangunkannya di dalam PC (atau laptop); kemudian memindahkannya ke dalam komputer web server

Bagi membolehkan seorang pembangun membina (atau mencuba) sesebuah sistem halaman web di dalam PC mereka (digelar localhost), PC tersebut perlu dimasukkan dengan fungsi sebuah web server. Untuk Joomla yang di bangunkan menggunakan bahasa aturcara PHP, perisian WAMPServer adalah pilihan yang sesuai.


Selain menyokong fungsi sebuah web server, WAMPServer (singkatan bagi Windows-Apache-MySQL-PHP Server) adalah serasi sistem yang diaturcara dengan PHP (seperti Joomla, Wordpress, Drupal, PHPBB, Moodle) dan didatangkan dengan pangkalan data MySQL serta sistem pengurusan pangkalan data PHPMyAdmin. Ini bermaksud WAMPServer adalah sebuah pakej lengkap yang akan menukarkan PC (atau laptop) pengguna menjadi sebuah web server lengkap untuk tujuan pembangunan halaman web bersistem!


Ikuti langkah-langkah berikut untuk cara mendapatkan WAMPServer dan langkah-langkah instalasi WAMPServer:


1. Muat turun WAMPServer DI SINI


2. Buka pakej instalasi WAMPServer

Langkah 2: Klik Run untuk memulakan instalasi

3. Klik Next

Langkah 3: Klik Next

4. Pilih I accept the agreement dan klik Next

Langkah 4: Pilih I accept the agreement dan klik Next

5. Biarkan instalasi di C:\wamp dan klik Next

Langkah 5: Biarkan instalasi di C:\wamp dan klik Next

6. Klik create a Desktop icon dan klik Next

Langkah 6: Klik create a Desktop icon dan klik Next

7. Klik Install

Langkah 7: Klik Install

8. Biarkan instalasi selesai

Langkah 8: Biarkan instalasi selesai

9. Klik Launch WampServer dan Klik Finish

Langkah 9: Klik Launch WampServer dan Klik Finish

10. Ikon pengurusan WAMPServer pada Taskbar

Gambarajah 10: Ikon pengurusan WAMPServer pada Taskbar

11. Warna ikon WAMPServer menandakan status sistem web server anda

Gambarajah 11: Warna ikon WAMPServer menandakan status sistem web server anda

12. Klik ikon WAMPServer untuk buka menu WAMPServer

Gambarajah 12: Menu pengurusan WAMPServer (klik ikon WAMPServer untuk membukanya)

13. Klik menu localhost dan lihat hasilnya

Langkah 13: Klik menu Localhost

14. Sekiranya paparan seperti di bawah muncul, komputer PC anda telah bersedia menjadi sebuah web server (localhost).

Gambarajah 14: Paparan maklumat web server WAMP di localhost (http://localhost/)

Tarikh Artikel: 12/19/2010 | Baca Selanjutnya »

KATEGORI »

Instalasi Joomla 1.6 RC1

KelasJoomla sempat menguji Joomla 1.6 RC1 yang baru dilancarkan pada 14 Disember 2010 lalu. Berikut adalah langkah-langkah instalasi Joomla ini:


1. Muat turun (download) Joomla 1.6 RC1


2. Muat naik (upload) fail Joomla ke server Web Hosting

Langkah 2: Upload

3. Bina pangkalan data (database) untuk Joomla

Langkah 3.1: Bina database

Langkah 3.2: Salin nama database


4. Buka URL (alamat) halaman Joomla di dalam Web Browser. Klik Next untuk instalasi Joomla.

Langkah 4: Buka URL laman untuk instalasi Joomla

5. Semak tanda No berwarna merah (jika ada, sila betulkan penetapan server ini). Klik Next untuk teruskan.

Langkah 5: Semak status server

(Nota: Pilihan Recommended Settings boleh diabaikan)


6. Baca lesen dan klik Next.

Langkah 6: Lesen Joomla

7. Masukkan maklumat sambungan database: host (alamat server database), username, password, dan nama database yang anda telah sediakan (dalam langkah 3).

Langkah 7: Masuk info database


8. Masukkan maklumat FTP (File Transfer Protocol) jika ada. Ia boleh diabaikan dalam kebanyakan server (pilih no). Klik Next.

Langkah 8: Maklumat FTP

9. Masukkan butiran laman web anda: Nama laman, ringkasan laman, katakunci laman, nama pentadbir, dan katalaluan pentadbir. Klik Install Sample Data jika anda ingin masukkan contoh susunan data dalam halaman Joomla anda (Disyorkan bagi pengguna baru). Klik Next.


Langkah 9: Konfigurasi laman

10. Paparan Finish (selesai) akan terpapar dengan amaran "Padam folder Installation Joomla anda untuk Joomla berfungsi."

Langkah 10: Instalasi selesai

11. Buang / rename folder Installation Joomla (dalam server web hosting).

Langkah 11: Buang @ rename folder Installation

12. Uji halaman Joomla anda dengan membuka halaman pengguna (Site) dan halaman pengurusan (Administrator).

Langkah 12: Pilih halaman paparan

Contoh halaman pengguna (http://kelasjoomla.hyperphp.com/v1.6) tanpa sample data.

Gambarajah 12.1: Laman pengguna Joomla

Contoh halaman pengurusan (login page) (http://kelasjoomla.hyperphp.com/v1.6/administrator).

Gambarajah 12.2: Paparan login Joomla (http://URL-Joomla/administration)

Contoh halaman kawalan Joomla untuk pengurusan.

Gambarajah 12.3: Panel Kawalan Joomla 1.6

Tarikh Artikel: 12/15/2010 | Baca Selanjutnya »

Arkib Blog

Komentar Terkini

Artikel Terkini