Instalasi Joomla 1.6 RC1
KelasJoomla sempat menguji Joomla 1.6 RC1 yang baru dilancarkan pada 14 Disember 2010 lalu. Berikut adalah langkah-langkah instalasi Joomla ini:
1. Muat turun (download) Joomla 1.6 RC1
2. Muat naik (upload) fail Joomla ke server Web Hosting
Langkah 2: Upload |
3. Bina pangkalan data (database) untuk Joomla
Langkah 3.1: Bina database |
Langkah 3.2: Salin nama database |
4. Buka URL (alamat) halaman Joomla di dalam Web Browser. Klik Next untuk instalasi Joomla.
Langkah 4: Buka URL laman untuk instalasi Joomla |
5. Semak tanda No berwarna merah (jika ada, sila betulkan penetapan server ini). Klik Next untuk teruskan.
Langkah 5: Semak status server |
(Nota: Pilihan Recommended Settings boleh diabaikan)
6. Baca lesen dan klik Next.
Langkah 6: Lesen Joomla |
7. Masukkan maklumat sambungan database: host (alamat server database), username, password, dan nama database yang anda telah sediakan (dalam langkah 3).
Langkah 7: Masuk info database |
8. Masukkan maklumat FTP (File Transfer Protocol) jika ada. Ia boleh diabaikan dalam kebanyakan server (pilih no). Klik Next.
Langkah 8: Maklumat FTP |
9. Masukkan butiran laman web anda: Nama laman, ringkasan laman, katakunci laman, nama pentadbir, dan katalaluan pentadbir. Klik Install Sample Data jika anda ingin masukkan contoh susunan data dalam halaman Joomla anda (Disyorkan bagi pengguna baru). Klik Next.
Langkah 9: Konfigurasi laman |
10. Paparan Finish (selesai) akan terpapar dengan amaran "Padam folder Installation Joomla anda untuk Joomla berfungsi."
Langkah 10: Instalasi selesai |
11. Buang / rename folder Installation Joomla (dalam server web hosting).
Langkah 11: Buang @ rename folder Installation |
12. Uji halaman Joomla anda dengan membuka halaman pengguna (Site) dan halaman pengurusan (Administrator).
Langkah 12: Pilih halaman paparan |
Contoh halaman pengguna (http://kelasjoomla.hyperphp.com/v1.6) tanpa sample data.
Gambarajah 12.1: Laman pengguna Joomla |
Contoh halaman pengurusan (login page) (http://kelasjoomla.hyperphp.com/v1.6/administrator).
Gambarajah 12.2: Paparan login Joomla (http://URL-Joomla/administration) |
Contoh halaman kawalan Joomla untuk pengurusan.
Gambarajah 12.3: Panel Kawalan Joomla 1.6 |