Upload dan Instalasi Joomla secara manual ke dalam HyperPHP.com
Selain instalasi menggunakan iVista (pemudah instalasi CMS HyperPHP.com), CMS seperti Joomla juga boleh dimuat naik (upload) dan diinstalasi secara manual. Kelebihan menggunakan kaedah manual ini ialah, kita tidak terikat kepada versi/jenis CMS yang disediakan dan boleh membuat olahan yang lebih spesifik terhadap CMS yang akan diinstall (seperti tidak install sample data Joomla).
1. Buka halaman rasmi Joomla.org > klik butang DOWNLOAD JOOMLA
2. Klik pautan DOWNLOAD - ZIP untuk muat turun versi terkini Joomla
3. Simpan fail ZIP ini di Desktop (atau pada folder yang mudah dicapai)
4. Extract (pecahkan) fail ZIP ini
5. Buka sambungan FTP (protokol pemindahan fail) ke server hosting (ftp.hyperphp.net)
6. Buka folder htdocs
7. Buang semua fail dalam folder htdocs
8. Copy (salin) semua fail Joomla yang telah di Extract tadi
9. Pindahkan fail-fail ini ke dalam folder htdocs dalam web server (ftp.hyperphp.com/htdocs)
Kaedah 5-9 ini juga boleh dimudahkan dengan penggunaan perisian FTP Client seperti FileZilla.
· Masukkan nama sambungan ftp ke dalam Host, nama login ke dalam Username, dan katalaluan ke dalam Password > klik Quickconnect.
· Klik folder htdocs pada paparan sebelah KANAN Filezilla. Padam semua fail di dalam folder htdocs ini.
· Klik pada folder Joomla yang telah diExtract tadi pada paparan KIRI FileZilla. Pilih semua fail dalam folder ini dan pilih UPLOAD untuk muat naik fail ke dalam folder htdocs.
10. Buka halaman pengurus web VistaPanel (cpanel.hyperphp.net) dan login
11. Klik pada pautan MySQL Database
12. Masukkan nama database (pangkalan data) untuk Joomla (seperti: portalJoomla) dan klik butang Create Database.
13. Semak nama database anda (hp_xxxx_nama_database). Ini adalah nama sebenar database anda. Salin nama database ini.
14. Seterusnya, buka halaman web anda (seperti: http://kelasjoomla.hyperphp.com). Paparan instalasi Joomla akan terpapar. Pilih pilihan bahasa (disyorkan: en-US – English (US)) untuk proses instalasi. Klik butang Next.
15. Pada bahagian Pre-installation Check, semak jika terdapat paparan No berwarna merah. Untuk Recommended Settings, amaran On / Off boleh diabaikan (sebaiknya ikut Recommended). Klik butang Next.
16. Paparan License akan memaparkan lesen penggunaan Joomla (GPL). Baca syarat-syarat ini dan klik butang Next.
17. Pada paparan Database Configuration, masukkan alamat server database – Host Name (seperti: sqlxxx.hyperphp.com), nama pengguna database, katalaluan database, dan nama database (hp_xxxx_nama_database). Kemudian klik butang Next.
18. Klik pilihan No pada paparan FTP Configuration. HyperPHP.com tidak menyokong sambungan FTP Joomla (Jika web server anda menyokong FTP; klik Yes dan masukkan butiran sambungan FTP ini kemudian klik butang Verify FTP Settings). Klik butang Next.
19. Masukkan maklumat bagi nama halaman anda, email pengurusan dan katalaluan bagi pengurus sistem (nama pengurus sistem Joomla telah ditetapkan sebagai admin – untuk tujuan keselamatan, sila ubah nama ini kemudian). Untuk tutorial ini, JANGAN klik Install Sample Data (Sample Data - data contoh ini berguna sekiranya anda adalah pengguna baru Joomla dan ingin melihat contoh bagaimana data disusun di dalam Joomla). Klik butang Next.
20. Sekiranya anda tidak menekan butang Install Sample Data pada langkah sebelum ini, pop-up amaran akan terpapar pada skrin. Klik OK untuk bersetuju TIDAK INSTALL data contoh.
21. Halaman terakhir – Finish memberikan peringatan supaya BUANG folder installation dari web server (dalam folder htdocs).
22. Buka folder htdocs (dalam web server) dan buang folder installation.
23. Pada paparan finish tadi, Klik pada butang Site untuk melihat halaman web Joomla anda. Klik pada butang Admin untuk membuka halaman pengurusan sistem Joomla.
24. Paparan halaman web Joomla anda juga boleh dicapai dengan membuka alamat URL anda (seperti: http://kelasjoomla.hyperphp.com)
25. Untuk membuka halaman pengurusan, tambahkan “/administration” pada alamat URL web anda (seperti: http://kelasjoomla.hyperphp.com/administration). Masukkan admin ke dalam ruang Username dan katalaluan pengurusan anda ke dalam ruang Password. Klik butang Login.
26. Sekiranya login anda berjaya, anda akan dipaparkan dengan halaman pengurusan sistem Joomla. Di sini, anda boleh membuat olahan terhadap web Joomla anda seperti memasukkan artikel, memasukkan menu, mengubah penampilan tema (template), dan menambah fungsi Joomla dengan memasukkan Extensions (seperti Plugins, Components, dan Module).