Papar Semua »

Papar Semua »

Papar Semua »

Papar Semua »

Papar Semua »

|

Serangan XSS pada Joomla 1.5.20

Joomla versi 1.5.20 (dan ke bawah) terdedah kepada serangan XSS (Cross Side Scripting)! Hal ini dilaporkan oleh salah seorang dari YGN Ethical Hacker Group melalui bukti videonya. (LIHAT VIDEO)

Walau bagaimanapun, Jeff Channell (seorang yang aktif dalam komuniti Joomla) telah berjaya mencari jalan penyelesaian sementara untuk mengatasi masalah ini. (LIHAT HALAMAN JEFF CHANNELL)

Ikuti langkah berikut untuk langkah penyelesaian ringkas ini:

1. Buka fail html.php (libraries/joomla/document/html/html.php) dan edit baris ke- 127 ini


function addHeadLink($href, $relation, $relType = 'rel', $attribs = array())
{
$attribs = JArrayHelper::toString($attribs);
$generatedTag = '<link href="'.$href.'" '.$relType.'="'.$relation.'" '.$attribs;
$this->_links[] = $generatedTag;
}

2. Buang baris kod yang bertanda di atas dan gantikan dengan kod ini



function addHeadLink($href, $relation, $relType = 'rel', $attribs = array())
{
$attribs = JArrayHelper::toString($attribs);
$generatedTag = '<link href="'.htmlspecialchars(html_entity_decode($href)).'" '.$relType.'="'.$relation.'" '.$attribs;
$this->_links[] = $generatedTag;
}

Artikel oleh Syamsul pada 12/11/2010. Kategori , . Anda boleh melanggan artikel terkini KelasJoomla di sini. Sila tinggalkan sebarang respon/ulasan anda di bawah.

2 ulasan for "Serangan XSS pada Joomla 1.5.20"

  1. Salam. Sekadar makluman. Kelemahan ini adalah bagi versi Joomla 1.5.20 dan ke bawah sahaja! Sila semak versi Joomla anda sebelum buat baikpulih ini; atau UPGRADE Joomla anda ke versi Joomla 1.5.21 atau Joomla 1.5.22 (terkini sewaktu penulisan.

  2. Joomla 1.5.21 juga ada kelemahan! Ia terdedah pada serangan SQL Injection. Untuk itu... Pastikan Joomla anda adalah terkini (update) dengan versi sekurang-kurangnya Joomla 1.5.22

Leave a reply

Arkib Blog

Komentar Terkini

Artikel Terkini