Daftar akaun WebHosting Percuma di HyperPHP.com
HyperPHP.com adalah antara penyedia perkhidmatan web hosting secara percuma di internet. Apa yang menariknya berkenaan HyperPHP.com ialah, proses pendaftaran dan masa untuk aktivasi (activation time) akaun web pengguna adalah amat mudah dan cepat. Ia sesuai digunakan bagi mereka yang kekurangan bajet tetapi memerlukan sebuah komputer web server yang berupaya menyokong bahasa web PHP dan menyediakan perkhidmatan database MySQL. Sebagai balasan, HyperPHP.com akan memaparkan banner iklan bersaiz kecil pada bahagian bawah halaman yang dibina.
Apa yang ditawarkan oleh pakej Free Hosting HyperPHP.com?
- Ruang storan: 350 Gigabyte
- Bahasa disokong: PHP
- Database: MySQL
- Ruang storan database: 50 Megabyte
- Jumlah Database dibenarkan: 3 (boleh install 3 cms!)
- Bandwidth: 15 Gigabyte/bulan
- Fungsi lain: Akaun FTP, akaun email , installer CMS popular (iVista)
Langkah-langkah membuka akaun HyperPHP.com:
- Buka http://www.hyperphp.com > klik Sign up for free hosting. Masukkan butir username, password, email, kategori, bahasa dan kod keselamatan (pengesahan) > klik Register.
- Klik butang Click me to continue.
- Masukkan kod pengesahan
- Sistem akan menghantar kod pengaktifkan kepada email pendaftar.
- Buka email dan klik pada pautan pengaktifan yang disediakan
- Halaman pengesahan akan terpapar. Masukkan kod pengesahan captcha > klik Register.
- Anda akan dipaparkan dengan maklumat akaun anda. Simpan maklumat ini atau klik pautan download untuk muat turun maklumat dalam bentuk pdf.
- Uji alamat halaman anda menggunakan pelayar web (contoh: http://kelasjoomla.hyperphp.com)
- Untuk pengurusan fail; Taipkan alamat VistaPanel (http://cpanel.hyperphp.com) dan daftar masuk menggunakan maklumat akaun anda.
- Sekiranya akaun anda betul, anda akan dipaparkan dengan antaramuka pengurusan web VistaPanel.